Monday, 31 March 2014

Kipas

Balik dari KL, lepas Maghrib suami ajak ke Aeon Bandaraya Melaka. Katanya nak survey barang dulu sebab ada Gift Voucher RM10 for every RM100 spend. Cash back 10% la senang kira.
Sekali bila tengok flyer --- valid 29hb tu je. Jadi grab troli dan mulalah palpitation sebab Aeon tutup jam 11 malam tapi kene buat quick shopping.
Aim kipas. Sebelum ni dah survey lebih kurang dan harga tak banyak beza. Cuma yang kat Aeon ada Panasonic. Ok lah kan sebab reputasi dia bagus jugak.
Hasil malam tu :
- 2 unit kipas 3 bilah model FM15AO (regulator) untuk bilik tidur tetamu
Harga asal : RM159
- 2 unit kipas 4 bilah model FM14C8 (remote control) untuk ruang tamu dan bilik tidur utama
Harga asal : RM 299
Masa nak bayar tu --- staf die kate ade lagi 5% diskaun untuk ahli. Fuh! Good call lah sebab datang malam tu.
Penjimatan hasil malam tu :
= RM916.00 (harga asal) - RM870.20(bayar)
= RM45.80
Sebab guna AMEX hari sabtu, maka dapat lagi cash back 5%
= RM43.51
Treat points collected(t.p) = 870 x 5 = 4350
:)


9 keping dah selamat digadai esoknya

Saturday, 29 March 2014

Friday, 28 March 2014

Full payment released

Alhamdulillah BPP dah released full loan (100%)

Terlepas beban dari kene interest dari pemaju ^__^

Tiba-tiba nervous nak ambil kunci!
*bergenang air mata*

Saturday, 22 March 2014

Quotation

Sesungguhnya memang tabah la mereka yang boleh tawaf banyak2 kedai untuk cari quotations. +_____+

Rasa nak surrender tapi suami masih bersemangat waja heret saya ke sana ke mari. Hari ni cover grill rumah dan kontraktor table top.

Oleh sebab nak jimat kos dan juga memenuhi kehendak jiwa -- maka kena la harungi proses pening kepala cari sana sini. Saya dah start kumpul leaflet dan iklan sejak berbulan lagi. Awal-awal lagi dah set target + budget. Ini penting supaya tak "makan" sangat duit simpanan. Jangan sampai tak ingat masa depan.

Suami mainkan peranan super penting untuk ikut bajet.Menyimpan dan berjimat haruslah bermula dari awal.

Semua orang nak rumah cantik tapi kena ikut kemampuan. Kalau budget tabletop boleh cover 12 kaki je. Itu je lah yang kita buat.

Kalau budget untuk grill boleh cover simple design, stop situ saje lah. Jangan lebih! Nanti nanges.

Tuesday, 18 March 2014

Lampu & Amex

Suami baru dapat semangat survey sana sini sejak minggu lepas. Istri dia ni dari tahun lepas kot. Sejak book rumah, lepas sign S&P memang gagah terjah website. Baca kat lowyat memahamkan ape tu t5, CFL, lumen watt segala =____=

Sangat teknikal bagi orang yang background medical ni.

Erm.

Nak survey kedai murah memang kene rajin dan tabah. Lagi tabah nak cari kedai yang boleh terima Amex (American Express Credit Card). Terpulang kepada cara masing-masing tapi suami dah membasuh saya sejak kahwin ni untuk guna CC semaksima mungkin. Beli groceries, isi minyak kereta ke.. tapi dengan syarat!!!

#1 - swipe masa weekend
#2 - kene tahu limit untuk rebate
#3 - must use Amex sebab nak kumpul treat points
#4 - bayar on time supaya elak riba'

Oh sebelum tu! Saya lemah explain hal teknikal jadi bahasa akan sangat kampuanng la.

Why kene masa weekend?
Sebab Amex ade weekend cash back - setiap ringgit yang dibelanjakan akan dapat 5% cash back (max RM50/month) + 5x points

Means - swipe RM 100 on weekend :
anda dapat 500 treat points + RM 5 cash back. Kalau weekdays dapat points aja.

Kalau belanja RM 1000? Boleh kira sendiri :)

Untuk collected points -- nanti boleh tukar ke voucher AEON ke Sogo ke PARKSON ke bila cukup untuk redeem. Soooo shopping free :)!

Ok berbalik ke hal lampu +_______+

Kebanyakkan kedai tak terima Amex sebab caj mahal. Jadi ape yang kami buat adalah suruh kedai mark up harga aka kita tolong bayar interst dia tapi still swipe Amex.

DENGAN SYARAT : INTEREST charged <5% dan harga yang kita dapat tu adalah reasonable

Contoh :
Harga lampu RM35 + caj 2% sebab nak sangat pakai Amex = RM 35.70

Untung kat mane?
Bila swipe weekend : cash back 5% + 5× points
= RM 1.79 + 175 points

Still untung RM 1.09 walaupun beli extra RM 0.70 ;)

Monday, 17 March 2014

Almost one year

Selepas hampir setahun, akhirnya surat vacant possession dah sampai 7 Mac hari tu. Tunggu BPP release full payment kemudian bermulalah fasa berdarah hidung nak masuk rumah. Hewhew~