Sunday, 27 April 2014

Toleransi

Masa ayah datang rumah tengokkan ukuran untuk buat kabinet -- ayah tak ukur pun.

Kami baru dapat kunci seminggu masa tu.

Ayah datang kejap je. Tak sampai 12 jam pun kat rumah kami. Sampai pukul 9 malam dengan bas, esoknya pukul 12 tghari dah naik bas.

Suami tak cuti masa saya bawa ayah tengok-tengok rumah. Ayah kata : bincang dulu dengan suami nak design macamana. Jangan buat sendiri. Benda-benda macam ni kena bincang dua orang. Nanti dah jadi barang tapi tak berkenan,  ingat sampai tua :D

Zuppppppp! Tepat ke jantung.

Tq ayah.

Saturday, 26 April 2014

Home decor fair MITC

Tempat kerja memang dekat dengan MITC, jadi hari pertama 24hb April tu waktu lunch terus pergi tengok.

Aim utama --- hood + hob jenama Fotile.

Dah survey sejak awal tahun. Balik Johor pun survey jugak.

Hasil survey : paling murah boleh dapat untuk hood EH10BQ + two burners hob adalah RM2700. Installation free. Sebab beli pakej, maka dapat lah set pisau.

Tak de kedai terima AMEX.

Jadi jangkaan kami, expo ni mungkin offer extended warranty + extra free gift.Terus tuju kedai tu sebab betul-betul depan pintu masuk. Sebab masa rehat pendek je kan, terus tanya salesgirl tu nak best price untuk EH10BQ + two burners.

Dia bagi : RM2650 + free gift + extended warranty.  Set pisau memang akan dapat sebab pakej.

Balik petang tu mengadap Tuanku, berkenan ke dop. Timbang itu ini, decide beli malam tu. Lepas maghrib, dalam kereta suami tanya pasal 3 burners. Sebab survey sebelum ni dapat RM2880. Erm.

Kite cakap dengan suami, kalau best price 3 burners RM2700.  Angkat terus!

Hee. Dan itulah yang kami dapat.
Book RM2000 - dpt free seterika. Free gifts lain masa installation baru bagi. Kenapa Fotile? Nanti kite review. Panjang nau dah ni :)

Sunday, 20 April 2014

Langsir

Emosi betul nak pilih hal langsir ni.

Siap masam muka dgn suami. Ampun abg. Tapi dah baik minta ampun semua dah. Tak leh lama-lama nanti dosa berjela-jela T_T

Kisahnya semalam balik dari teman suami kerja, singgah Nagoya depan Mydin Melaka Sentral. Ukuran frame tingkap semua dah sukat berminggu lepas.

Tapi bila pergi sana minta tolong pekerja dia quotekan, dia kata kene pasang rail dulu baru boleh tahu ukuran sebenar.

Quotation lebih kurang pun dah RM900 termasuk upah jahit. Gulp! Untuk ruang tamu, ruang makan dan bilik tidur utama je tu.

Kain tak banyak yang kita berkenan. Suami nak yang jenis sun out untuk bilik --- yang ada pun RM12.80/meter.

Dengan amoi yang tukang kira tu baik punya adab, tiba-tiba rasa nak panas hati.

Punca ni sebenarnye mungkin sebab penat ni. Erm... Penat packing barang nak pindah ni, semalam pulak tak dapat tidur nape ntah. Zzz.

So, keluar Nagoya dan terus balik rumah. Masak tengahari, siap makan semua. Tidur. Bangun. Solat. Refresh kan hati lepas tu pergi ukur balik tingkap rumah balik.

Wuuu. Banyak-banyak keje gini memang suami kite tak berkenan lah. Tapi dia ikutkan jugak sebab kita ni dah ada rupa nak berasap.

Decide pergi Aeon. Kata staf dia ade diskaun 70%. Anggap je la ye sebab satu set size besar tu dapat dalam RM 140 - RM150.

Buat keputusan beli je kat sana. Pilih warna selamat - krim. 6 set semuanya dengan lebar 10' panjang 9'. Kain jenis jacquard.  Brand Favorita untuk bilik tidur utama. Lain-lain brand apa ntah. Huhu.

Total damage = RM782

Kita berat hati tapi dah tak sanggup nak fikir dah. Apa-apa lepas ni kalau tengok langsir tu harapnya boleh bawak mengucap la.

Suami memang tak kesah langsung bab warna ni. Dia tengok jenis dan harga je. Huhu.

Next time ye kita cari jenis sun out k sayang. I akan menabung selama setahun. Huhu.

Ni kira langsir emergency sebab dah dekat sangat nak masuk rumah ni.

Weekend ni kene berharap untuk beli cooker hob and hood kat Homedec MITC. Harapnya berbaloi la. Sekurang-kurangnya dapat extended warranty pun ok. Harga dan brand dah aim siap2 dah berbulan lepas.

Kepala dah start pening ((@,@))
$$$$$ menderu-deru keluar.

Saturday, 19 April 2014

3 sekali

Pagi ni baru sempat jenguk rumah.

Bila sampai, tiba-tiba terkejut tengok ramai orang. Alhamdulillah, pekerja pemaju tengah betulkan defect rumah rupanya.

Tak sia-sia mokcip ni turun naik opis depa :D

Tq Sandy for helping me.

Kebanyakkan defect tu sebab retak bahagian external. Sebelah dalam rumah tak nampak pun. Tapi suami yang nak saya tulis satu-satu dalam defect form. Kita ikut aje le.

Hal yang makan paling banyak duit dan yang paling merisaukan dah nampak dah... bahagian dapur! Hari ni pun dah datang buat rupanya.

Kontraktor ni full of surprises! Hari tu kemain kita call dia tak angkat. Risau dah kita. Tapi teruskan jugak ambil dia sebab dalam 2 - 3 kontraktor, dia la yang paling tak berkira.

Plumbing + tebuk lubang untuk hood + tiles kiri kanan + konkrit + granite top = RM 4.5k

Masih dalam budget kami la.

Bila datang rumah pagi ni, orang indo tengah buat kerja. Sedih pula hati kita. Terharu tengok dorang kerja keras, bermastautin lebih 10 tahun kat Malaysia demi sesuap nasi. Tengahari tadi nampak dorg makan nasi bungkus. Macam masak sendiri je.

T_T

Terfikir jugak berapalah bos dorg bagi gaji ni.

Semoga dorang dibayar setimpal. Amin.

Bro yang buat grill pun buat kerja tip top. Besi semua dah siap. Tinggal coating je. Tapi datang rumah sat untuk fix kan bahagian sliding sebelum hantar untuk coating.

Alhamdulillah.
Moga Allah terus mudahkan segala-galanya.

Water filter

Letak deposit RM200 setahun lepas. Tu pun sebab nak lock package masa HOMEDEC kat MITC.

Akhirnya! Selepas hampir setahun, barang pertama yang kami booked dah selamat pasang.

Setelah melalui jerit perit masam manis muka dengan suami --- hari ni dah selamat pasang. Huhu.

Berbaloi cuti hari ni sebab boleh observed dia pasang filter.

Ampun sayang.

Poket terbang hari ni : RM2199

Free satu set cooking ware stainless steel. Alhamdulillah tak yah keluar duit beli periuk belanga.

Wednesday, 16 April 2014

Wiring

Dah letak deposit sabtu lepas untuk start buat wiring. Semalam tinjau - tinjau rumah tengok hasil kerja Izan. Huuuu. Tingkap memang berhabuk la sebab request dia tanam wayar. Jadi proses hacking dah mula.

Cepat jugak budak ni buat.

Harapnya dia plaster cantik - cantik balik la. Mata kita ni boleh tahan jugak sensitif ni.

Friday, 11 April 2014

Mellow progress

Hari ni curi masa hantar borang defect waktu lunch. Dua page + berbelas gambae defect.

Mood baik jadi tak rasa nak panas sangat dengan staff pemaju.

Singgah tengok rumah kejap. Api dan air dah masuk. Yeay!

Esok bayar deposit wiring dan book slot untuk mula kerja. Outdoor filter pun dah boleh start dah ni. Weekend kene tanye plumber untuk buat bypass.

Till then.

Monday, 7 April 2014

To do list

Grill
- simple design + powder coated [ paid 28% ]

Counter top
- granite with concreate base
- measurement : 14' x 2'

Kitchen cabinet
- ayah buat

Wiring
- quotation done
- will pay 20% this week

No plaster ceiling
No renovation

Sunday, 6 April 2014

Pening

Hari ni saja dah 6 kali pergi balik tengok rumah.

Pagi orang wiring datang untuk tengok spec dan minta dia buat quotation.

Petang, kontraktor datang ukur untuk buat tabletop.

Sekarang kita pening-pening lalat dah sebab tengah fikir nak buat plaster siling or tak. Erm.

Budget tak masuk pada awalnya. Tapi bila nak buat wiring pulak nak kene drill concrete slab tu.. ai.. ngeri pulak kite.

Saturday, 5 April 2014

New discovery

Parking sat gambar.

Ralat pulok kite bile tengok harga kipas + rebate yang dorang offer.

Fuh! AMEX pun boleh guna man.

Takpe. Share dengan orang supaya dapat manfaat ni.


Grill

3 minggu lepas dah survey tiga kontraktor. Range harga memang berbeza. Oleh sebab rumah dua lapis tetapi budget sangat limited, kami utamakan bahagian bawah dulu. Pakai jenis besi dan powder coated. Dulu ingat tak nak la rumah rupa penjara, tapi dah memang stail jaring-jaring tu je yang masuk budget,  kite redhoooo. 

Survey kat internet menemukan kami dengan En.Zam. Senang nak deal dan boleh berlebih kurang. Dia ada bengkel di Rembia. Walaupun dia janji paling lama siap dalam sebulan, kita ok je. 

Lagipun, tempoh sewa rumah ni ngam-ngam habis bulan 5. Sempat tengok hasil kerja dia kat rumah orang. Kemas!

Kos? RM 5300 tunai. Letak deposit sepatutnya RM2k. Tapi En.Zam relax je kata RM1.5k dulu pun ok je.

Dah siap nanti baru boleh prepare nak buat wiring semua.

Sesi akad :B

Ambil kunci

5.4.14

Tarikh sah pegang kunci rumah :P

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Kali pertama buka pintu kunci pegang sendiri. He. Know that feeling? Kalau tak datang dua tiga kali jenguk kat tingkap je. Sampai suami pun malas nak layan.

Proses hand over lancar cuma makcik-ness inside me ni kecoh sikit bila pemaju tak leh confirmkan bila full security surveillance depa  nak pasang. Ye la, kata  dua tahun dapat free guarded tapi guard house pun tak nampak. Jiran-jiran pun macam ramai tak masuk lagi. Takut juga kalau suami kena kursus ke.. kite tinggal sorang kan.

Anyyyyway, akan 'bising-bising' lagi kat security department kalau akhir bulan 5 tak de perubahan. Erm.

Secara mata kasar, tak banyak defect. Tapi suami pula boleh tahan cerewetnya. Yang kecik-kecik pun nak kite masukkan dalam complaint form. Baiklah =____=

Kesan terbakar? Ini kira besar la. 





Tuesday, 1 April 2014

Sink

Target nak jenis sink kat bawah nun.

Dah survey area Melaka - paling murah dapat RM1200 jenama sama. Jenama lain ade je dapat RM1100, tapi tak banyak review.

Sebab apa pilih granit? Ikut review dari lowyat. Huhu. Dan nak yang tahan lama. Lagipun bajet untuk dapur kami tak besar sebab akan guna khidmat ayah untuk buat kabinet. InshaAllah.

Kebetulan sabtu lepas [29.3.14] ke KL. Jadi singgah ke Builder Hardware, Kepong. Ikut pakej ade 3 in 1 include hob+hood Fotile = RM3650.

Tapi sebab kene cari installer untuk hob and hood tu, tak jadi ambil pakej tu. Beli sink ni je la sebab dapat harge RM1080.

Tambah set pili dua kepala brand Corona = RM150.

Maka total damage : RM1230.

Too bad tak leh guna AMEX. Huhu. Swipe pakai Visa je untuk dapat treat point.

Settle hal sink idaman! :)