Sunday, 22 June 2014

DIY bed pleated sheet

Sabtu lepas, singgah Nagoya beli 4 meter kain cotton. Rm7 semeter untuk buat bed skirt. Kisahnya katil tu ayah buat tinggi. Bila tambah mattress memang tinggi ler. Duk mikir camne nak cari cadar. Yang saiz standard macam  tak muat. Tergantung. Tak beli pun, tapi bila mak mertua pun komen nape katil tinggi, heee.. kena fikir cepat-cepat macam mana nak alter.

Nak turunkan platform katil tu boleh je, jadi tilam ke dalam sikit. Tapi sayang pulak sebab ayah dah skru semua.

So! Kita d.i.y je buat bed skirt. Ala-ala hotel tu tapi kain jenis sama tak jumpe lagi, try2 dulu pakai cotton yang beli kat nagoya.

Kita cheat. Sebab asal nak cover kaki katil je. Haha. Takde la nak jahit bersungguh sebab jahit tangan. Huuu. Mesin jahit dari dulu lagi teringin. Tunggu bajet.


Kipas KDK -K14Y9 + pisau AEON free

Redeemed kipas siling KDK lima bilah guna Treat Points kat Senheng petang ni.

So.. baki points less than 300 :)

Harga asal = RM 339
Tukar voucher = RM 311
Kene tambah duit sikit untuk top up baki.

Stamps AEON pun kitorang dah redeemed. Jumlah terkumpul 120. Ramai pula yang beratur petang ni. Sebab last day collect points agaknya. Malas nak mikir pisau ape yang dapat dengan stamps tu. Kang kene tambah duit pulak.

Kita redeemed je dengan pisau saiz paling kecik (40 stamps). So dapatlah 3 bilah. Satu guna. Satu bagi ma. Satu bagi mak mertua. Hee. Senang.

So, marilah kita shopping pakai points dan belajar kutip stamps. Hik. Kempen sat :)

Tuesday, 10 June 2014

Sakit hati

Purchased brand Mitsubishi masa expo Sabtu lepas. Block harga yang kita nak. Tapi!!!! Bila datang pasang semalam, tibe-tibe kate surface piping + extra caj RM70 sebab lebih 10 kaki.

Memang &*€£_=÷$#!

Pengajaran : mintak promoter tulis sebijik-bijik ape yang dorang cakap. Panas hati betul.

Sunday, 8 June 2014

Peti sejuk [checked]

Pengakhirannya, Samsung jualah yang dibeli. Asalnya nak Sharp, sampai terhafal spec dia. Tapi sebab dia tak energy saving.. maka beralih ke inverter.

Within budget - checked!
Free item - checked!

Nape tak le tido ni!!

Saturday, 7 June 2014

Bedsheet

Lepas lunch, kami gerak ke MITC. Kisahnya nak cari aircond.  Dah aim dah braand yang paling energy saving setakat ni. Harga kat luar beza rm20 je tapi suami punya 'tabah', mintak jugak diskaun sampai 15 minit. Huuu.

Takpe. Kita turutkan aja aktiviti tawar menawar tu. Booked! Isnin petang janji datang pasang.

Next AEON. Ade free voucher RM5 dengan setiap RM100. Ambil kesempatan grab bedsheets Ann Taylor. Minus 60% harga asal + dapat free quilt.

Tilam sampai Isnin jugak. Tapi kite kursus kat Shah Alam sampai khamis. Tak merasa la bau kedai. Hee

Friday, 6 June 2014

Goodnite~

MITC ada home dec dari 5 - 8  jun.

Target nak beli tilam. Sejak tahun 2011 kawen, takde lagi tilam yang best. Yang beli dulu pun tebal 3 inci je kot. Tilam foam. Hew2. Tu pun gabung dua bagi saiz king. Haha.

Bila pindah Melaka, segala harta benda kite gadai kecuali fridge dan mesin basuh :P tak rasa sadis pun sebab suami dah tiup-tiup saya suruh bersabarrrrr sampai ada rumah sendiri.

So, berjaya grab semalam. Free of charge - 2 biji bantal latex, bantal peluk dan mattress protector.

Pakai untuk lebih 10 tahun suami kata.

Tak de la beribu-ribu pun harganya.  Masih ikut bajet asal.

Thursday, 5 June 2014

Pasang frame katil

Semua frame katil katil pasang kat bilik atas. Bilik bawah buat stor sementara. Penat weh nak mengangkut segala buku dan apebendentah dalam kotak tu.

Walhal bukan kite pun yang angkat.

Wednesday, 4 June 2014

Backdated [23 Mei]

Rabu.

Drive balik naik kereta. Parents naik lori sebab nak bawak frame katil. Ayah buat 4 set. Satu king, satu queen dan dua single.

Katil saja ye.

Tilam tak de bajet lagi. Huu. Tidur atas keras je dulu. Takpe. Bersyukur dah ni.

Sampai je rumah sewa dalam pukul 2 petang. Ingat nak tidur kat rumah sewa je. Tapi ayah super semangat nak ke rumah baru. Jadi lepas Asar tu terus ke rumah. Secara rasmi bermalam kat sana.

Rumah belum bersih sangat lagi. Jadi mulakan operasi basuh-basuh dulu tingkat atas. Habis basuh. Lepas maghrib start pasang langsir. Sebab semua orang tak de pengalaman, sampai pukul 11 lebih, baru satu bilik dan bilik TV je habis pasang langsir T_T 

Berpeluh-peluh ayah dan suami. Kitorang spare dari bawah tangga je.

Ma kata kain dah murah dah. Berbaloi la rasa beli kat AEON. Huk. Harga discounted 70%. Yang tempel tu bukan dia. Favourita untuk master room,  yang lain pakai Red Danielle.

Semua kaler krim ni. Warna ungu gelap sepasang untuk ruang TV. Wise choice sebab panasnye rumah ni. Nak kene mintak aircond ke?

Internet tak de!

Pindah rumah tapi internet menyiput lagi. Lambat pulak Unifi ni.

Kumpul setem

AEON tengah buat promosi FREE pisau. Ikut bilangan setem yang kita kumpul. Satu setem dengan setiap belian RM30. Suami la yang semangat suruh kumpul ni.  Dah dekat 3 bulan jugak. Tak sangka banyak jugak kami 'melabur' duit kat sini. Sambil-sambil je ni, tak de la semata-mata nak pisau pergi belanja banyak-banyak kat AEON.

Mostly groceries la. Dah kalau setiap minggu koman2 dapat dua setem. Tambah lagi hari tu beli kipas, beli langsir. Memang berpuluh jugak setem kami dapat.

Aim 2 jenis je.

Key box

Alang-alang ayahanda tengah buat katil, kita order sekali key box 😆

Nak yang fully laminated lagi tu. Tq ayah!

Pindah barang (official)

Backdated [30 mei]

Terima kasih rumah sewa.
Bercinta dari 27 April 2013 :)

Tq for having us.