Monday, 26 May 2014

Day curtain + laminate

Hari ni ke Kuantan. Aktiviti yang berjaya cover :

Kabinet dapur
1) pilih laminate
2) pilih handle
3) pilih hinges

Sheer curtain untuk ruang tamu : rm250

Kabinet Dapur : Pilih laminate

Sekarang kat Terengganu. Kampung saya!!

Ayah bagi satu buku pink ni soh pilih nak jenis laminate yang macamana. Mokcip rambang mata!! Kabinet nanti ayah yang buat :) kita hulur modal dan design sendiri. Belum estimate lagi kos sebab nak pilih material dulu.

Oleh sebab specialty ayah kat jenis laminate.. kita pilih material gitu la. Bukan 3G mahupun jenis glass.

Hek. I ok je sebab memang kurang gemar jugak permukaan yang berkilat-kilat kalau kat area dapur.

Sambung nanti. Suami ajak g Mesra Mall 😆

Tuesday, 20 May 2014

Tengok lampu

Backdated [18 Mei]

Wiringman pesan kitorang pergi tengok lampu rumah waktu malam. So, bergeraklah kami malam-malam ke sana. Sunyi sepi fasa kami tu! Takde satu rumah pun yang ada penghuni. Wuuuu.

Nasib baik ikut gerak hati mintak pasang spotlight kiri kanan. Seram jugak memikirkan kalau tiba-tiba suami kena pergi kursus ~_~

Harap-harap jiran ada la yang pindah masuk taman tu bulan depan.

7 malam lagi sebelum merasmikan rumah kami! :) inshaAllah~

Saturday, 17 May 2014

Philips Garment Steamer

Berhajatkan benda ni dah lama. Tapi tangguh-tangguh sebab erm.. ade iron tradisional kan. Hinggalah booklet senheng ni datang rumah. Sementara member points senheng cukup dan juga memikirkan macamana nak menggosok langsir sebelum pasang kat rumah sana, jadi decide untuk redeem Steamer hari ni.

Harga asal & value buy seperti gambar kat bawah tu.

Points senq available : 367
250 Treat points (TP) Maybank : RM1 Voucher Senheng

Campur TP saya dapat RM7 + RM11 (extend ke 2 tahun warranty), suami redeem full ke RM232.

Dengan zero ringgit dah dapat apa yang kita nak. Best kan? :)

Tempah rail

Pagi tadi tempah rail untuk langsir. Total RM508. Mintak diskaun tokey kedai tolak RM8 je. Huhuk

Ada tingkap kami tak buat 2 lapis pun. Pakai single rail. Mungkin sebab saiz panjang semuanya. Jadi harga pun terkujat juga la. Pejam mata je suami kata. Sebab kalau kat nagoya pon harga tinggi jugak.

Tempah pukul 10 pagi. Pukul 1.30ptg dorang dah call suruh ambik. Tunggu lepas asar la baru ambik. Bos tengah tidur.

Singgah rumah jugak tadi, tengokkan lampu kipas yang Izan pasang. Heee. Puas hati. Baki lampu dan kipas lain, kena pending bulan depan. AMEX dah full.

Sempat jugak pergi MITC, register unifi.     Tu je la aktiviti sepanjang pagi ni. Hihi.

Wednesday, 14 May 2014

Pasang lampu : fasa 1

Ye ye je fasa 1. Haha~ padahal kene tangguh bulan depan sebenarnye. Bulan ni dah guna AMEX maksimum. Rugi pulak rebate nanti. {Rebate}

Lampu kipas dah beli separuh. Tinggal yang tak kritikal sangat macam lampu pagar, door bell, lampu hall tv. Hek. Kipas ruang tamu pun tak beli lagi!!

Relax relax. Nak habiskan duit memang senang. Tapi nak tanggung hutang kad kredit tu yang pening nanti. Hujung minggu ni ada PICOM kat MITC. Suami ajak pergi survey unifi. Streamyx tidak lagi jadi pilihan sebab kat area kami nanti, TM pasang unifi je. Saya serahkan pada suami je la hal tu sebab tak khatam belajar lagi. Malas! :D

Sunday, 11 May 2014

Target

Perihal rumah ni suami yang jadi mastermind. Saya jadi supporter, jadi challenger je. Nak kata turut je tak jugak sebab kepentingan berbincang tu perlu diaplikasikan.

Lagi-lagi melibatkan hutang 30 tahun ni. Huu. Rumah bukan milik kami lagi, masih hutang dengan kerajaan. Nak bayar cash memang tak mampu. Ada rezeki lebih akan cepatkan bayar hutang. Biar hidup senang, minda pun tenang. Maka rancangan kewangan perlu diaudit sentiasa.

Saya bersyukur suami kuat semangat menidakkan kemahuan saya. Kemahuan boleh tangguh katanya. Keperluan tu yang perlu didahulukan. Betul la tu. Macam hal-hal nak masuk rumah ni, kami dah set nak buat apa dulu. Priority kat dapur. Maka dapurlah. Sofa, set katil, set tv memang tak de dalam perancangan terdekat.

In fact, selama kahwin ni, hanya peti ais dan mesin basuh je harta dalam rumah yang kami angkut pindah randah. Dah 3 buah rumah sewa. Barang lain semua tuan rumah sewa punya. Ada orang kata rugi tak beli sebab boleh je guna lama tapi kami tak buat macam tu atas alasan, takde rumah lagi sejak kahwin. Ikut pendapat dan kewangan masing-masing lah kan.. :)

Kalau boleh elak buat personal loan, berusahalah sekuat hati untuk elak. Jangan didik diri atau cari alasan nak berhutang. Simpan duit, kemudian baru beli.

Sebagai isteri yang ada duit sendiri, kadang-kala rasa jugak nak melawan tu memang ada tapi kena cepat-cepat muhasabah diri.

Jangan ikut sangat kata syaitoooon nirrajim.

Hormat dia.
Bincang. Bincang lagi.
Ego jangan tinggi.

Selalunya suami akan rasionalkan balik saya bila dia sense isteri dia ni terdegil. Huu. Kita pun kena cepat-cepat minta ampun, takut dia simpan dalam hati.

Jangan sampai tahap tu. Nauzubillah.

Fotile in the house

My Fotile is up!

Tinggal lampu kipas je lagi.. lepas tu boleh rasmi rumah :)

Saturday, 10 May 2014

Basuh rumah

Berjaya pujuk suami untuk sambung basuh rumah pagi ni. Bahagian atas dah basuh tapi masih comot dengan debu-debu. Jadi tadi suami mop lagi kali kedua.

Saya basuh bahagian dapur. Tingkap dah lap jumaat lepas tapi masih nampak comot. Pekerja yang pasang grill semalam pun tak lap habul jadi tepi-t3pi pun masih ade habuk.

Fasa basuh rumah berkali-kali. Hee

Petang ni nak tunggu orang Fotile datang pasangkan hoob dan hod.

Friday, 9 May 2014

Hari pasang grill

Hari ni suami kena pergi CME. Keseorangan la kita buat-buat bz. Erm, selepas sarapan pagi, pergi tengok rumah kejap. Tapi tak masuk sebab ada tukang cat tengah buat kerja.

Tak da la nak tukar kaler pun. Tu tukang cat pemaju. Dia datang catkan bahagian defect yang dah cacat.

Lepas singgah jenguk sekejap tu, pergi office pemaju untuk ambil check deposit tahun lepas.

Minta izin dengan suami nak gi AEON. Sebelum tu gi Mydin sat tengok-tengok kot ade barang-barang rumah yg berkenan. Alhamdulillah tak de. Hee. Teruskan niat ke Nagoya yang sebelahnya aja. Niat nak buat floor pillow. Sebab nanti rumah memang tak de sofa segala, jadi kita DIY bantal banyak je untuk aktiviti kuak lentang akan datang.

Encik Zam kata pekerja dia tengah pasang grill.

On the way nak masuk AEON, orang Fotile call nak deliver barang. Dah U-turn, dia call balik kata hantar petang. Oklah. Lari kejap ke rumah tengok orang grill pasang grill. Minta budak tu pasankan blind sekali. Tak tunggu pun sebab semua lelaki kat situ. Segan.

Lepas makan, balik rumah dan solat zohor, pastu curi masa tidur sat. Bangun-bangun je sebab orang Fotile call nak hantar barang.

Yeay! Encik Zam sms kata grill dah siap. Timing baiklah sebab boleh bayar baki duit grill kat dia terus. Dapat free gift ampaian baju. Huhu.


Kemas rumah

Backdated [9 Mei]

Hari ni, kami pakat ambil cuti untuk kemas rumah. Esok dah janji dengan encik zam untuk pasangkan grill. Lampu kipas beli malam esok atau ahad, inshaAllah. Suami tak berjaya dipujuk untuk cancelkan pasang grill pintu depan. Wuuu.

Tu la, masa buat tak fikir habis. Sekarang dah terlambat sebab semua grill dah siap. Takkan tak pasang.

Sejak pagi tadi mampu sapu rumah dan lap cermin je.. balik rumah sewa kejap. Sementara tunggu suami nak pergi masjid solat jumaat, kita tidur dulu.

Petang sikit sambung cuci rumah.

Tapau sirap limau ikat tepi, upah peluh dan kerigat. Hehe..

Wednesday, 7 May 2014

Defect I : checked

Sebenarnye dah banyak yang pemaju betulkan tapi sebab yang ni yang pertama masuk blog + yang ni defect yang paling obvious, maka dia jadi nombor satu.

Ce perhatikan kesengetan dinding tu.. mata kasar tak nampak sangat --- saya boleh je buat-buat tak nampak, tapi tidak pada mata suami saya.

Jadi inilah hasil before and after pemaju betulkan.

Kurang sebulan dari tarikh kami hantar borang complaint. Katanya supervisor tu, area bumi lot dorang dulukan sebab nak kejar sebelum raya.

Erm. Kami kejar sebab tak nak bayar sewa rumah lagi. Hehe~

Tuesday, 6 May 2014

Bawah sink

Saya ada satu masalah.

Saya tak suka tengok bawah sink. Sink dapur ke, sink dalam tandas lagi lah. Walaupun sink tu tak pernah guna macam rumah ni, saya rasa geli. Sangat. Inikan lagi kalau rumah sewa ni, mmg jeling pun tak.

Macam geli orang yang tengok lipas =_=
Walaupun saya ok je dengan lipas, siap main sep2 lagi (tipu) halau dengan alas plastik pun saya ok. Tak macam suami.

So, saya memang plan sangat nak organize bawah sink ni. Tak kan la tak bukak langsung kan, tapi kena usaha supaya dia kemas dan saya tak emo tiap kali nak guna area tu.

Macam ni.

Nanti bila ayah nak mai ukur, saya nak minta buatkan pull out unruk tong sampah :)

Tabletop : full view

Kaki tabletop ni nampak tebal pulak. Tapi suami kate jangan banyak complaint T_T

Baiklah.




Monday, 5 May 2014

Checked : tabletop

Lepas kerja, singgah tengok rumah kejap. Dah boleh senyum sebab tabletop dah siap!

Ada dua org indo tengah buat bahagian defect masa tu, so dorang tanya la kita berapa kos -- cakap 4.5k -- terkejut dorang.

Huuu. Kite tahu harga yg kita bayar tu overpriced. Tapi benda dah jadi. Dan barang pun dah depan mata. Jadi pujuk la hati anggap tu rezeki kontraktor tu T_T

Bila kawan tanya, kita cakap not recommended.

Tak sempat ambik gambar sebab rushing nak balik rumah sewa!

Suprise? Not again.

Backdated [4 Mei 2014]

Suami ajak kemas rumah hari ni. Dah beli dah baldi sabun etx. Bila sampai je rumah pukul 9 pagi. Tengok gate luar dah terbuka.. dari jauh dengar ketung-ketang orang buat kerja.

Eh. Org tabletop datang huat kerja ke? Yeh!!

Bila masuk rumah... ya Allah! Senget dah senyum kita ni. Rupanya pemaju datang betulkan dinding dapur yang hmsuami complain senget.

Indo tu kate dalam seminggu baru siap. Aduiduiduui..

Bertabah je la.

Saturday, 3 May 2014

IKEA : Langsir + cermin bilik air

Backdated [3 May 2014]

Ada satu tingkap kat tangga yang kita sangat pening nak cari langsirnya. Lebar  60cm x 300 panjang.

Masa expo homedecor ade jugak intai-intai tapi takde! Cari kat luar yang customized dah rm300. Over betul.

Last-last, pujuk Tuanku ke IKEA. Proposal dah tunjuk sehari sebelumnya. Bila mak dan ayah mertua ajak ke kenduri sedara di Sepang, ambil peluang jalan sekali.

Tiga jam dalam IKEA, hasil untuk rumah  :

Mirror cabinet 2 pintu : rm195 >> bilik air master
ENJE roller blind : rm59 x 2 >> satu untuk tingkap kat tangga, satu kat dapur
LISELOTT roller blind : rm 89 >> untuk dapur

Update tabletop

Hari ni bawa PIL melawat rumah. Hari Buruh hari tu masa pergi tak de improvement pun dapur tu. Kecewa.

Tapi ma kata jangan push sangat takut orang tu buat tak lawa T_T bila datang pagi tadi, masuk dapur je.. dah boleh senyum. Hehe. Suprise!

Walaupun bahagian bawah dan tepi belum pasang tiles lagi, ok lah dari takde rupa tabletop tu. Dah boleh lega 50%

Semoga terus dimudahkan untuk masuk rumah.

Now kat IKEA. Nanti update!