Friday, 9 May 2014

Hari pasang grill

Hari ni suami kena pergi CME. Keseorangan la kita buat-buat bz. Erm, selepas sarapan pagi, pergi tengok rumah kejap. Tapi tak masuk sebab ada tukang cat tengah buat kerja.

Tak da la nak tukar kaler pun. Tu tukang cat pemaju. Dia datang catkan bahagian defect yang dah cacat.

Lepas singgah jenguk sekejap tu, pergi office pemaju untuk ambil check deposit tahun lepas.

Minta izin dengan suami nak gi AEON. Sebelum tu gi Mydin sat tengok-tengok kot ade barang-barang rumah yg berkenan. Alhamdulillah tak de. Hee. Teruskan niat ke Nagoya yang sebelahnya aja. Niat nak buat floor pillow. Sebab nanti rumah memang tak de sofa segala, jadi kita DIY bantal banyak je untuk aktiviti kuak lentang akan datang.

Encik Zam kata pekerja dia tengah pasang grill.

On the way nak masuk AEON, orang Fotile call nak deliver barang. Dah U-turn, dia call balik kata hantar petang. Oklah. Lari kejap ke rumah tengok orang grill pasang grill. Minta budak tu pasankan blind sekali. Tak tunggu pun sebab semua lelaki kat situ. Segan.

Lepas makan, balik rumah dan solat zohor, pastu curi masa tidur sat. Bangun-bangun je sebab orang Fotile call nak hantar barang.

Yeay! Encik Zam sms kata grill dah siap. Timing baiklah sebab boleh bayar baki duit grill kat dia terus. Dapat free gift ampaian baju. Huhu.


No comments:

Post a Comment